Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia B.N. Reddy terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini. Foto SPRM (FB)

India berminat ikuti latihan, kursus antarabangsa SPRM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Jan: India berminat mendapatkan khidmat latihan dan mengikuti kursus antarabangsa ditawarkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM menerusi hantaran di media sosial memaklumkan minat itu dizahirkan ketika kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia B.N. Reddy terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Rabu.

“Kunjungan yang berlangsung kira-kira satu jam turut memberi fokus kepada pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik mengenai isu rasuah antara kedua-dua negara.

“Azam dalam ucapan alu-aluannya menyatakan penghargaan atas minat pihak Reddy dan mengalu-alukan perkongsian pengalaman serta berhasrat untuk meningkatkan penglibatan SPRM dengan organisasi antarabangsa,” menurut hantaran itu.

Azam juga berharap hubungan itu dapat dizahirkan dengan peluang penganjuran program pada masa akan datang membabitkan kedua-dua negara.

Selain itu, beliau turut menyatakan kesediaan SPRM untuk mengadakan kerjasama bersama termasuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SPRM dengan agensi antirasuah dari India.

Hantaran sama juga memaklumkan Reddy menyambut baik cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan SPRM khususnya dalam aspek latihan dan perkongsian kepakaran dalam bidang teknologi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan