Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam kebakaran di tingkat empat sebuah bangunan di Petagas tengah malam tadi. Foto hiasan Envato

Dua anggota bomba terkena renjatan elektrik ketika padam kebakaran di Petagas

ByBernama

KOTA KINABALU, 23 Jan: Dua anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam kebakaran di tingkat empat sebuah bangunan di Petagas di sini tengah malam tadi.

Seorang daripada anggota berkenaan, Amran Amir, 34, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut dan keadaanya dilaporkan stabil.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan seorang lagi mangsa, Pegawai Bomba Kanan II Sharif Faizul, 38, pula menerima rawatan di lokasi kejadian.

“Bomba menerima laporan kejadian itu pukul 11.59 malam dan operasi ditamatkan 1.40 pagi tadi.

“Sebanyak 38 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, BBP Kota Kinabalu dan BBP Penampang terlibat dalam operasi pemadaman yang turut disertai Sabah Electricity dan polis,” menurut kenyataan itu hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan