Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cabaran Muaythai P.206 Tanjong Manis promosi sukan dan Sarikei ke peringkat antarabangsa

BySaibi Gi

SARIKEI, 25 Jan: Cabaran Muaythai P. 206 Tanjong Manis bukan sahaja memperkenalkan sukan itu kepada belia, malah berupaya mempromosikan bandar itu dalam kalangan orang luar.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abdul Wahab berkata, apabila acara itu disertai atlet dari Semenanjung Malaysia dan Kalimantan, Indonesia, sudah pasti Sarikei bertambah dikenali.

“Cabaran ini menyaksikan penyertaan sembilan kelab muaythai dari dalam dan luar negara, yang bukan sahaja memeriahkan suasana tetapi juga berperanan memperkenalkan Sarikei kepada dunia luar.

“Sukan muaythai kini semakin popular dalam kalangan remaja dan dengan sokongan semua pihak, saya yakin ia mampu menjadi platform bagi generasi muda untuk menunjukkan potensi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa meninjau persiapan menjelang hari perlawanan acara yang diadakan di Stadium Bola Keranjang, Taman Susur Jambu di sini, malam ini.

Para atlet akan berentap merebut kejuaraan dalam Cabaran Muaythai P.206 Tanjong Manis pada Sabtu ini.

Yusuf berkata, penganjuran acara ini bertujuan memperkenalkan sukan muaythai kepada penduduk di Parlimen Tanjong Manis, terutamanya selepas kejayaan cemerlang sukan ini dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

“Sukan muaythai mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan pasukan muaythai kita telah muncul sebagai juara dalam pertandingan tersebut. Ini adalah bukti potensi besar sukan ini di kawasan kita,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa penganjuran acara ini bertujuan mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia, menarik minat mereka terhadap sukan ini dan menghindarkan mereka daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat.

“Minat dan sambutan remaja terhadap muaythai amat menggalakkan. Oleh itu, saya menyeru orang ramai untuk datang menonton acara ini dan memberikan sokongan kepada para peserta,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan