Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia Nezar Patria berkata AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global. Foto fail Envato

AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang – Timbalan Menteri Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 23 Jan: Ketika kecerdasan buatan (AI) terus mengubah landskap pekerjaan global, Indonesia menggesa para graduannya untuk bersedia menghadapi lonjakan permintaan terhadap pekerja berkemahiran digital.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia Nezar Patria berkata AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global. Namun, teknologi ini juga dijangka mencipta 170 juta pekerjaan baharu menjelang 2030, yang memerlukan kemahiran khusus.

Sehubungan itu, beliau menegaskan peranan penting graduan pascasiswazah dalam transformasi digital Indonesia, sambil menggesa mereka untuk tidak hanya memperoleh kepakaran teknikal, tetapi turut memimpin dalam inovasi, pendidikan dan penyelidikan.

“Setiap cabaran hadir bersama peluang dan setiap peluang memerlukan persediaan. Bersama-sama, mari kita berusaha membina negara yang lebih kukuh serta menyumbang kepada kemajuan dunia,” katanya ketika berucap di majlis graduasi Universitas Gadjah Mada (UGM) di Yogyakarta.

Ucapan beliau dikeluarkan oleh kementerian pada Khamis.

Nezar Patria menyatakan bahawa kemahiran masa depan bukan sahaja bergantung kepada keupayaan teknikal seperti AI atau data besar, tetapi juga kemahiran kemanusiaan seperti kreativiti, kepimpinan, fleksibiliti, dan daya tahan untuk berjaya dalam dunia yang semakin dipacu teknologi.

“Graduan pascasiswazah UGM mesti mampu merapatkan jurang antara nilai tradisional dan teknologi moden untuk memimpin inovasi, sambil mengekalkan keharmonian dengan alam semula jadi dan masyarakat,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan