Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India

ByBernama

NEW DELHI, 23 Jan: Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.

Mangsa dilaporkan melompat keluar daripada kereta api Pushpak Express yang dalam perjalanan dari Lucknow ke Mumbai selepas khabar angin tentang kebakaran di dalam kereta api itu, sebelum dilanggar oleh kereta api lain yang sedang melintas di landasan berbeza, menurut laporan media tempatan.

Kejadian berlaku di stesen kereta api Paranda di Daerah Jalgaon, utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.

Puluhan penumpang mengalami kecederaan, dan angka korban dijangka meningkat.

“Maklumat awal kami menunjukkan terdapat percikan api dalam satu daripada gerabak Pushpak Express disebabkan oleh sama ada ‘hot axle’ atau ‘brake-binding’ (brek tersekat), yang menyebabkan beberapa penumpang panik.

Mereka menarik rantai kecemasan, dan sebahagian daripada mereka melompat keluar. Pada masa yang sama, Karnataka Express sedang melintas,” kata seorang pegawai kereta api kepada agensi berita PTI. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan