Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas menghadiri taklimat mengenai projek Bebuling STOLport dan Jambatan Sungai Paku di Pejabat JKR Bahagian Betong pada Selasa. Foto MIPD

Uggah puas hati kemajuan projek Bebuling STOLport dan Jambatan Sungai Paku di Betong

KUCHING, 22 Jan: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berpuas hati apabila mendapati pembinaan dua projek utama di Bahagian Betong berjalan dengan baik.

“Saya sangat berpuas hati dengan perkembangan terkini Bebuling STOLport dan Jambatan Sungai Paku, yang sedang berjalan lancar dan berada di landasan yang betul untuk siap mengikut jadual.

“Para kontraktor menghadapi beberapa masalah kecil, tetapi berdasarkan taklimat yang saya terima, saya yakin mereka dapat mengatasinya dan memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual,” katanya hari ini.

Beliau menghadiri taklimat mengenai dua projek tersebut serta dua lagi projek jalan utama di bahagian itu semasa lawatannya ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong semalam.

Bebuling STOLport yang bernilai RM296 juta kini telah mencapai 70.16 peratus kemajuan berbanding 69.77 peratus mengikut jadual.

Ini menunjukkan kemajuan 0.38 peratus lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

Dengan bangunan terminalnya telah siap, kerja-kerja kini tertumpu pada pemasangan sistem lapangan terbang, kerja-kerja awam di bahagian udara (termasuk landasan dan laluan pesawat), serta kerja-kerja awam di bahagian darat (tempat letak kereta dan jalan akses utama).

Projek ini dijadualkan siap pada Ogos 2025.

Bagi Jambatan Sungai Paku, sepanjang 107 meter di Tanjung Sebekut, Spaoh itu, Uggah berkata ia juga dijadualkan siap pada Ogos 2025.

Namun, beliau berharap kontraktor dapat menyiapkannya sebelum atau pada Jun tahun ini.

“Ini akan menjadikan sambutan Gawai Dayak tahun ini lebih istimewa bagi penduduk tempatan,” katanya.

Jambatan yang bernilai RM36.9 juta itu kini telah mencapai 48.65 peratus kemajuan berbanding 48.37 peratus mengikut jadual.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan