Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump Foto AFP

Trump pecat empat pegawai lantikan Presiden Biden

ByBernama

ISTANBUL, 21 Jan: Beberapa jam selepas kembali memegang jawatan, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pemecatan empat pegawai kanan kerajaan yang dilantik oleh presiden sebelumnya, Joe Biden, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Hari pertama kami di Rumah Putih belum berakhir! Pejabat Personel Presiden saya sedang giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan presiden daripada pentadbiran terdahulu yang tidak sehaluan dengan visi kami untuk ‘Menjadikan Amerika Hebat Kembali’,” kata Trump di platform media sosial Truth Social lewat Isnin.

Beliau mengumumkan pemecatan itu dengan menegaskan “lebih ramai lagi” akan menyusul.

“Jose Andres daripada Majlis Presiden untuk Sukan, Kecergasan dan Pemakanan; Mark Milley daripada Majlis Penasihat Infrastruktur Negara; Brian Hook daripada Pusat Wilson untuk Sarjana; dan Keisha Lance Bottoms daripada Majlis Eksport Presiden – ANDA DIPECAT!” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan