Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengumumkan inisiatif pelaburan kecerdasan buatan (AI) besar-besaran bernilai US$500 bilion dengan sokongan OpenAI, SoftBank dan Oracle bagi memperkukuh infrastruktur AI serta mewujudkan peluang pekerjaan di negara itu. Foto hiasan Envato

Trump lancar projek mega AI bernilai US$500 bilion dengan OpenAI, SoftBank, Oracle

ByBernama

WASHINGTON, 22 Jan: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengumumkan inisiatif pelaburan kecerdasan buatan (AI) besar-besaran bernilai US$500 bilion dengan sokongan OpenAI, SoftBank dan Oracle bagi memperkukuh infrastruktur AI serta mewujudkan peluang pekerjaan di negara itu.

Inisiatif yang dinamakan Stargate itu akan menyaksikan ketiga-tiga gergasi teknologi berkenaan membentuk usaha sama untuk membangunkan infrastruktur AI, dengan Trump menyifatkannya sebagai pelaburan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam inovasi Amerika, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Kami bermula dengan pelaburan besar yang masuk ke negara kami pada tahap yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” kata Trump di Rumah Putih pada hari penuh pertamanya dalam penggal kedua.

Beliau menambah bahawa Stargate akan menjana lebih 100,000 pekerjaan di Amerika dan menekankan komitmen pentadbirannya untuk mempercepatkan pelaksanaan projek itu melalui perintah kecemasan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan