Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habibollah hadir pada Majlis Penyerahan Koc Ekspres Dua Dek Scania New Bus Generation di Shah Alam di sini hari ini. Foto Afiq Johari (TVS).

Syarikat swasta dialukan bantu kerajaan lahirkan lebih ramai pemandu kenderaan berat

ByHafeezzur Muzamir

SHAH ALAM, 22 Jan: Syarikat swasta di negara ini diminta untuk turut membantu kerajaan melahirkan lebih ramai pemandu kenderaan berat terutamanya bas.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, usaha itu boleh dilakukan dengan melatih pemandu berkenaan cara pemanduan sebenar.

Jelas beliau, seruan kerajaan itu susulan terdapat syarikat bas yang dikenal pasti memiliki kemampuan dan fasiliti untuk membimbing pemandu kenderaan berat.

“Mungkin para masa akan datang, syarikat boleh membantu melatih pemandu kerana mereka mempunyai litar sendiri untuk mengajar pemanduan yang betul.

“Syarikat-syarikat ini mempunyai fasiliti untuk melatih kenderaan besar seperti bas dan lori dengan mereka sentiasa diawasi oleh Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Koc Ekspres Dua Dek Scania New Bus Generation (Nbg) Euro 5 Kepada Ekspres Perdana Di Scania Malaysia, Bukit Jelutong di sini, hari ini.

Yang turut hadir Duta Besar Sweden ke Malaysia, Niklas Wiberg, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Jazmanie Shafawi dan Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Joyce Antar.

Mengulas lanjut, Hasbi mengakui negara berdepan dengan isu kekurangan pemandu bas dan lori dengan usaha untuk menyelesaikan sedang giat dijalankan.

Namun begitu, Hasbi menegaskan Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak mahu tergesa-gesa untuk menambah jumlah sedia dengan mengabaikan soal kualiti dalam kalangan pemandu kenderaan berat baharu.

“Dalam kita mengejar (menambah) pemandu bas dan lori, keutamaan kita adalah untuk melahirkan pemandu-pemandu yang berhemah dan profesional.

Dalam pada itu, Hasbi berkata, negara merekodkan 532,125 kemalangan jalan raya dari Januari hingga Oktober lepas, dengan kehilangan nyawa sebanyak 5,364.

“Sebelum ini mencecah lebih 6,000 kematian dengan negara kerugian RM25 bilion setahun akibat kemalangan jalan raya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan