Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penjawat awam direman enam hari hingga 27 Jan disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel berjumlah RM10,000 melibatkan 41 tuntutan palsu sejak 2023. Foto fail Bernama

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu

ByBernama

KUANTAN, 22 Jan: Seorang penjawat awam direman enam hari hingga 27 Jan disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel berjumlah RM10,000 melibatkan 41 tuntutan palsu sejak 2023.

Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu, dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber memaklumkan penjawat awam itu yang bertugas di Jabatan Pendidikan negeri ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang semalam.

Pengarah SPRM negeri Hairuzam Mohd Amin @ Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan