Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan sepasang kekasih selepas disyaki terlibat menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di sebuah rumah di Telok Kemang di sini semalam. Foto hiasan Envato

Sepasang kekasih ditahan sembunyikan kelahiran, kematian bayi

ByBernama

PORT DICKSON, 22 Jan: Polis menahan sepasang kekasih selepas disyaki terlibat menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di sebuah rumah di Telok Kemang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Port Dickson pada 11.13 pagi mengenai seorang pesakit perempuan warga tempatan telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.

Beliau berkata siasatan lanjut yang dijalankan telah menemukan bayi berkenaan disembunyikan dalam  beg di bilik sebuah rumah di sini.

“Pemeriksaan lanjut telah dilakukan ke atas bayi perempuan yang sudah cukup sifat namun bayi itu disahkan meninggal dunia dan terdapat kecederaan pada bahagian dada disyaki kesan objek tajam.

“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Siasatan Khas (D9) IPKNS dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD PD membuat tangkapan ke atas seorang wanita berusia 18 tahun dan lelaki tempatan, 21 tahun, di dua lokasi berasingan pada 8.30 hingga 8.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil semakan rekod lampau mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan motif kejadian disebabkan rasa bimbang serta takut dengan keluarga.

Maslan berkata turut dirampas adalah uri, pakaian, senjata dan telefon bimbit bagi siasatan lanjut serta kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majisteret Port Dickson untuk permohonan reman pagi ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan