Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sektor swasta di Sarawak dipanggil untuk memainkan peranan penting dalam memacu kelestarian alam sekitar. - Setiausaha Agung Persekutuan Perniagaan Sarawak, Dato Jonathan Chai. Foto Aziz Soleh (TVS)

SBF seru sektor swasta lestarikan alam sekitar dalam operasi

ByConnie Grace

KUCHING, 22 JAN: Sektor swasta di Sarawak diseru agar turut serta memacu kelestarian alam sekitar di negeri ini, kata Setiausaha Agung Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF), Dato Jonathan Chai.

Menurutnya, pengamal sektor swasta memikul tanggungjawab besar sebagai pemimpin dalam usaha penjagaan alam sekitar.

“Sebagai pemimpin dalam sektor swasta, kita mempunyai peranan penting dalam membentuk masa depan.

“Kelestarian perniagaan bukan hanya tentang keuntungan tetapi juga tentang tanggungjawab terhadap alam sekitar,” katanya pada Majlis Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak (PSEA) ke-11, di Kuching, pada Rabu.

Beliau juga mengulangi bahawa SBF menyeru pemain industri untuk menerapkan prinsip mesra alam dalam operasi mereka.

Katanya, langkah ini bukan hanya meningkatkan kecekapan perniagaan tetapi juga membantu dalam mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

“Kelestarian bukan sekadar mematuhi peraturan tetapi ia memerlukan komitmen yang tulus, seperti peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui, pengurangan pelepasan karbon, dan rantaian bekalan yang lebih mesra alam,” tambahnya.

SBF tegasnya turut menekankan kepentingan keseimbangan antara keuntungan dan tanggungjawab alam sekitar.

Langkah ini, katanya, bukan sahaja memelihara sumber semula jadi tetapi juga meningkatkan reputasi perniagaan di mata pelanggan dan pihak berkepentingan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan