Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan jawatankuasa induk Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Sarawak diketuai Datuk Amar Dr Sim Kui Hian memegang poster acara tersebut. Foto TVS

Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak diadakan di BCCK 29 Januari ini

ByRegina Lee

KUCHING, 22 Jan: Keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan etnik Sarawak menjadi teras utama dalam Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Sarawak yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 29 Januari ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, acara tahunan ini bukan sahaja meraikan perayaan penting bagi masyarakat Cina tetapi juga menjadi platform untuk mengukuhkan perpaduan di negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya.

“Bagi masyarakat Cina, Tahun Baharu Cina 2025 menandakan Tahun Ular Kayu. Tahun ini, kami berharap semua usaha yang dilakukan oleh rakyat Sarawak akan membawa kemakmuran dan memupuk keamanan di tengah-tengah masyarakat kita yang pelbagai.

“Pada tahun 2025, kita mungkin menghadapi cabaran, tetapi ini harus dilihat sebagai peluang untuk belajar dan berkembang,’ katanya pada sidang media bagi mengumumkan sambutan berkenaan di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Menurutya, sambutan tersebut bakal dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang turut dijangka hadir pada sambutan itu.

Tambah Dr Sim, pelbagai persembahan khas telah diatur oleh Majlis Seni Sarawak (MSS) seperti persembahan pembukaan ‘Lion Dance’ dan Oriental Chinese Orchestra untuk menghiburkan para tetamu dari jam 8.45 pagi hingga 2 petang.

Pada masa sama, beliau memaklumkan Kerajaan Sarawak turut mengambil langkah proaktif untuk memastikan acara besar ini berjalan lancar meskipun musim hujan yang sering membawa risiko banjir.

Beliau sebagai Menteri Bertanggunjawab sambutan berkenaan menegaskan bahawa pihak berkuasa tempatan, termasuk majlis perbandaran dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) telah diarahkan untuk meningkatkan usaha penyelenggaraan longkang serta sistem saliran di kawasan berisiko.

“Kejayaan inisiatif memerlukan sokongan penuh daripada masyarakat. Kami dapati banyak sampah yang tidak sepatutnya berada di dalam longkang dan ini menyebabkan air bertakung dan mengakibatkan banjir kilat.

“Oleh itu, bagi membendung perkara ini, orang ramai diharapkan membantu dengan melaporkan salah laku kepada pihak berkuasa,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan