Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak perkukuh kedudukan negeri kelestarian alam sekitar melalui Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak (PSEA) ke-11. Foto Aziz Soleh (TVS)

PSEA Ke-11: Sarawak komited lestarikan masa depan lebih hijau

ByConnie Grace

KUCHING, 22 Jan: Sarawak komited memperkukuhkan kedudukannya sebagai negeri peneraju kelestarian alam sekitar melalui penganjuran Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak (PSEA) ke-11.

Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Datu Jack Liam berkata, majlis anugerah berprestij ini bukan sahaja meraikan pencapaian cemerlang dalam amalan kelestarian, tetapi juga mencerminkan dedikasi kerajaan negeri dalam melindungi alam sekitar untuk generasi akan datang.

Menurut Jack, anugerah ini merupakan inisiatif penting Kerajaan Sarawak dalam mengiktiraf individu, syarikat, industri, pihak berkuasa tempatan, sektor kerajaan, dan premis makan yang menunjukkan kepimpinan dalam menjaga alam sekitar serta mengintegrasikan kelestarian dalam operasi mereka.

“Majlis penganugerahan ini menyaksikan pelbagai kategori, termasuk industri besar, sederhana dan kecil, serta kategori pihak berkuasa tempatan, premis makan, sektor kerajaan, dan kategori terbuka.

” Dengan 52 penyertaan dari perusahaan besar, 29 dari industri sederhana, 12 dari industri kecil, serta 95 penyertaan daripada premis makan dan kedai makanan, PSEA tahun ini mencatatkan peningkatan yang signifikan dalam jumlah penyertaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Anugerah Alam Sekitar Perdana Sarawak (PSEA) Ke-11 2023/2024, di sini, hari ini.

Selain itu, tambah Jack dengan menggariskan tema, “Menggabungkan Kelestarian Alam Sekitar dalam Amalan,” menekankan pentingnya integrasi amalan lestari dalam kehidupan seharian serta proses membuat keputusan serta mencerminkan tanggungjawab bersama dalam membina masa depan yang lebih lestari dengan pemeliharaan alam sekitar yang konsisten.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar
Sambil Merangkap Timbalan Pengerusi NREB Datuk Len Talif Salleh dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan