Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iskandar mempengerusikan mesyuarat khas pemasangan lampu solar di seluruh kawasan DUN Jepak di bilik mesyuarat JKR Bintulu semalam.

Projek pemasangan lampu solar di Bintulu

BySuara Sarawak

BINTULU, 22 Jan: Kawasan DUN Jepak akan menikmati kemudahan pencahayaan yang lebih baik dengan pemasangan 1,500 unit lampu solar, yang dijangka bermula pada suku pertama 2025.

ADUN Jepak, Iskandar Turkee, menyatakan bahawa langkah ini selari dengan aspirasi kerajaan negeri Sarawak untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sambil meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Projek ini melibatkan kerjasama rapat antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Menurut beliau, lampu solar akan dipasang di lokasi-lokasi strategik termasuk jalan utama, laluan pejalan kaki, kawasan kampung, dan tempat awam.

“Projek ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk, tetapi juga menjadi bukti komitmen kerajaan negeri ke arah pembangunan mampan dan mesra alam,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan pemasangan lampu solar di semua kawasan DUN Jepak di bilik mesyuarat JKR Bintulu semalam.

Mesyuarat itu juga menekankan pentingnya penyelenggaraan dan pemantauan jangka panjang bagi memastikan lampu solar sentiasa berfungsi dengan baik.

Projek ini tidak hanya akan meningkatkan keselamatan penduduk, tetapi juga menyokong agenda pembangunan hijau Sarawak serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat di kawasan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan