Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Maritim Kelantan Erwan Shah Soahdi. Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (FB)

Maritim Kelantan tahan 14 pendatang Myanmar cuba diseludup masuk guna bot

ByBernama

PASIR PUTEH, 22 Jan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan 14 pendatang tanpa izin dipercayai warga Myanmar termasuk kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Isnin lepas.

Pengarah Maritim Kelantan Erwan Shah Soahdi berkata tangkapan dilakukan hasil rondaan di perairan Malaysia-Thailand menerusi Op Naga Barat, Op Damai dan Op Tiris setelah menerima maklumat mengenai sebuah bot gentian kaca disyaki cuba menyeludup masuk warga asing melalui Sungai Kuala Besar, Kota Bharu.

“Bot berwarna putih yang bergerak dalam keadaan mencurigakan itu cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota kita, namun berjaya ditahan selepas kejar buru kira-kira 40 minit,” katanya pada sidang media di Pejabat Maritim Malaysia dekat Tok Bali, di sini hari ini.

Erwan Shah berkata tekong bot itu melarikan diri ke dalam semak sebaik menghampiri tebing sungai manakala 14 warga Myanmar yang terdiri daripada 10 lelaki dan empat wanita termasuk kanak-kanak lingkungan dua hingga 30 tahun dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lapan daripada mereka mempunyai pengenalan diri yang meragukan, manakala enam lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata kes berkenaan merupakan tangkapan pertama tahun ini melibatkan warga asing diseludup masuk menggunakan bot gentian kaca yang kebiasaannya digunakan untuk memancing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26(J) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan