Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Badminton Kampung Tambey ini mengesahkan bakal menawarkan hadiah berjumlah lebih RM2,000 kepada para pemenang.

Kejohanan badminton di gelanggang baharu di Asajaya

BySuara Sarawak

ASAJAYA, 22 Jan: Pertandingan Badminton Piala YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Edisi Ke-6 dijangka akan berlangsung sengit dan mendapat sambutan ramai.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Badminton Kampung Tambey ini mengesahkan bakal menawarkan hadiah berjumlah lebih RM2,000 kepada para pemenang.

Sang juara akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000 beserta piala dan replika cek.

Naib johan akan menerima wang tunai RM700, juga beserta piala dan replika cek, manakala tempat ketiga bersama akan membawa pulang RM400 beserta piala dan replika cek.

Kejohanan kali ini akan berlangsung di gelanggang yang telah diperbaharui dengan penambahan karpet, memberikan keselesaan yang lebih kepada para peserta.

Selain itu, kejohanan ini dijangka akan lebih meriah dengan sambutan peserta setelah syarat baharu ditetapkan, di mana pemain yang pernah mewakili Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dan MAKSAK 2024 tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

Pengerusi Kejohanan, Busmani Drahman menegaskan bahawa usaha ini bertujuan memberi ruang kepada para pemain bukan elit, khususnya penduduk sekitar kawasan Tambey, untuk bersaing.

Katanya, sasaran penyertaan kali ini adalah sebanyak 60 beregu, berbanding edisi sebelumnya yang menyaksikan lebih 40 beregu.

“Kita sedia maklum dan mengambil kira maklum balas para peserta sebelum ini agar pemain wakil kebangsaan atau negara pada tahun terdekat tidak boleh mengambil penyertaan.

“Setakat ini, ramai yang sudah mengesahkan slot penyertaan, dan kami sedang menunggu pembayaran untuk mengesahkan penyertaan.

“Kita menyasarkan lebih 60 beregu akan berentap dan tarikh akhir pendaftaran adalah pada malam 24 Januari 2025,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Pertandingan dijadual berlangsung selama seminggu, bermula 27 Januari hingga 2 Februari 2025, di mana majlis penutupan dijangka akan dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan