Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ir Dr Cassidy Morris semasa berucap pada Majlis Penyambungan Akhir Jambatan Batang Saribas di sini hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

JKR Sarawak pantau perlaksanaan projek, elak dibebani projek sakit

ByFebbright James

SARIBAS, 22 Jan: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak komited memantau rapi perlaksanaan semua projek pembangunan yang bakal dan sedang dibangunkan, kata pengarahnya, Ir Dr Cassidy Morris.

Menurutnya perkara ini bagi mengelakkan pihak berkaitan dibebani dengan projek sakit dan bermasalah di samping memastikan projek penting ini dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Jika kita mempunyai projek yang bermasalah ia nya boleh merosakkan imej sesetengah pihak. Misalnya wakil rakyat di kawasan tersebut akan kerap menerima aduan daripada rakyat.

“Oleh itu, JKR Sarawak menekankan ‘close monitoring’ dengan mengarahkan pegawai teknikal dan pegawai lain (JKR) untuk memantau lebih ketat lagi perlaksanaan setiap projek,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyambungan Akhir Jambatan Batang Saribas di sini, hari ini.

Dr Cassidy berkata perlaksanaan projek seperti Jambatan Batang Saribas wajar dipantau dengan kerap kerana ia nya begitu penting untuk pengguna dan penduduk setempat.

“Panjang Jambatan Saribas ini ialah 1.55 kilometer dan ia nya amat panjang jika dibandingkan dengan jambatan yang lain.

“Jika ianya siap kelak, kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan feri. Adanya jambatan ini nanti dapat mengurangkan tempoh perjalanan iaitu beberapa minit sahaja sudah sampai di kawasan seberang.

“Jambatan ini mempunyai impak yang sangat tinggi untuk memastikan kesalinghubungan khususnya dari Kuching ke Sibu dan sebaliknya. Ini akan menjadi jalan alternatif ,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Jambatan Marudi menjadi contoh kepada pembinaan jambatan lain di Sarawak dari aspek kualiti.

“Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) memuji Jambatan Marudi dan ini menjadi cabaran buat pasukan kami untuk memastikan kualitinya tinggi. Jadi kami mesti mencapai sasaran tersebut dan merealisasikannya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan