Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata amalan mesra alam adalah keperluan utama untuk memastikan daya tahan perniagaan dalam menghadapi era ekonomi hijau. Foto Aziz Soleh (TVS)

ESG jadi fokus utama Sarawak dalam pembangunan lestari

KUCHING, 22 Jan: Sarawak terus muncul sebagai destinasi utama dalam pelaburan hijau dan pembangunan lestari, dengan penekanan terhadap faktor Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) yang kini menjadi asas penting dalam strategi pelaburan global.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata amalan mesra alam adalah keperluan utama untuk memastikan daya tahan perniagaan dalam menghadapi era ekonomi hijau.

“Industri mesti mengamalkan amalan rendah karbon dan teknologi sifar sisa untuk membuka peluang ekonomi dan memastikan kejayaan jangka panjang.” Katanya semasa berucap pada Majlis Anugerah PSEA ke-11, di Kuching, pada Rabu.

Selain itu, katanya, menerusi Pelaksanaan Ordinan Alam Sekitar (Pelepasan Gas Rumah Kaca) 2024 menjadi tonggak penting bagi Sarawak dalam mencapai sasaran pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Menurut Abang Johari, dengan dasar-dasar progresif dan sokongan daripada pelbagai pihak, Sarawak kini berada di barisan hadapan dalam usaha menangani perubahan iklim sambil merangsang pertumbuhan ekonomi hijau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan