Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Kamek Biak Saratok (FB)

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kekal 90

KUCHING, 22 Jan: Keadaan banjir yang memasuki hari keempat di daerah Saratok hari ini tidak menampakkan perubahan dengan 90 penduduk terjejas masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak di daerah itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam makluman setakat 8 pagi hari ini menyatakan penduduk yang terjejas itu terdiri 21 keluarga yang mendiami Rumah Tembawai Kapok yang dilanda banjir sejak Ahad.

Sementara itu, sekretariat berkenaan turut memaklumkan 11 daripada 19 lokasi di Sarawak yang dipantau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menunjukkan trend peningkatan air dan ini melibatkan daerah Matu serta Sebauh.

Status paras air menurun pula dilaporkan di lapan lokasi yang terletak di daerah Bau, Samarahan dan Mukah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan