Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 28 kematian disahkan selepas lebih dua minggu kebakaran besar memusnahkan Los Angeles, California daripada kiraan awal sebanyak 27. Foto fail AFP

Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28

ByBernama

ISTANBUL, 22 Jan: Sekurang-kurangnya 28 kematian disahkan selepas lebih dua minggu kebakaran besar memusnahkan Los Angeles, California daripada kiraan awal sebanyak 27, lapor Agensi Anadolu yang memetik pejabat pemeriksa perubatan negara pada Selasa.

Empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.

Sehingga Selasa, kebakaran telah memusnahkan 16,465 hektar dan merosakkan lebih daripada 15,000 struktur, dengan lebih 100,000 orang di bawah perintah pemindahan.

Kebakaran terbesar telah membakar 9,489 hektar di kawasan sekitar kejiranan  Pacific Palisades yang eksklusif berhampiran pantai. Di kawasan pedalaman, Kebakaran Eaton telah membakar 5,674 hektar di kaki bukit sekitar Bandar Altadena, timur laut pusat Bandar Raya Los Angeles.

Kebakaran di Palisades telah berjaya dikawal sebanyak 65 peratus, manakala Kebakaran di Eaton berjaya dikawal sebanyak 89 peratus, berikutan usaha pemadaman yang mula menunjukkan kejayaan.

Dua lagi kebakaran kecil yang telah membakar 49.78 hektar secara keseluruhan, tercetus awal pagi Selasa di Bandar San Diego, kira-kira 195 kilometer ke tenggara Los Angeles, dengan usaha pengawalan api masing-masing mencapai 50 peratus dan 40 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan