Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka korban akibat kebakaran di pusat peranginan ski di Kartalkaya di Wilayah Bolu, Turkiye, meningkat kepada 66 orang manakala 51 lagi cedera. Foto AFP

Angka korban kebakaran di pusat peranginan ski di Turki̇ye meningkat kepada 66

ByBernama

ANKARA, 22 Jan: Angka korban akibat kebakaran di pusat peranginan ski di Kartalkaya di Wilayah Bolu, Turkiye, meningkat kepada 66 orang manakala 51 lagi cedera, menurut Menteri Dalam Negeri Turkiye Ali Yerlikaya, pada Selasa.

Terdahulu, Yerlikaya memaklumkan kebakaran itu mengorbankan 10 nyawa dan mencederakan 32 orang. Kebakaran itu memusnahkan sebuah bangunan pada awal pagi Selasa. Ramai tetamu dilaporkan cuba menyelamatkan diri dengan mengikat cadar yang digunakan sebagai tali.

Kedutaan Rusia di Turkiye memaklumkan kepada Sputnik/RIA Novosti bahawa pihaknya belum menerima sebarang maklumat berkaitan rakyat Rusia yang cedera.

“Malangnya, kita mempunyai 66 mangsa korban dan 51 cedera,” kata Yerlikaya seperti dipetik oleh penyiar Turkiye, Haber Global. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan