Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2025 di Kuching, hari ini.

Tun Wan Junaidi tekankan pemerkasaan Mahkamah Syariah

KUCHING, 21 Jan: Memperkasa Mahkamah Syariah memerlukan usaha yang menyeluruh dengan melibatkan perubahan perundangan, penambahbaikan prosedur serta peningkatan kompetensi pengamal undang-undang.

Langkah ini penting bukan sahaja untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam, tetapi juga untuk menjamin keadilan dalam konteks Islam dilaksanakan secara menyeluruh, berkesan dan berempati.

Demikian ucapan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang hadir bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, ketika menyampaikan Syarahan Negarawan bersempena Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2025 di sini, hari ini.

“Harapan besar masyarakat Islam adalah agar Mahkamah Syariah dan agensi-agensi yang terlibat langsung, terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi yang dipercayai, relevan dan berwibawa dalam menangani isu-isu berkaitan undang-undang syariah.

“Dengan pelaksanaan yang adil, cekap dan selaras dengan prinsip syariah yang diterajui oleh Mahkamah Syariah diharap dapat memastikan keadilan terjamin, hak setiap individu dilindungi dan kesejahteraan umat Islam dapat dipelihara, baik pada masa kini mahupun untuk generasi akan datang seterusnya menjamin Sarawak Maju Makmur,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar Kerajaan Sarawak menyediakan sistem bantuan guaman sebagai langkah untuk meringankan beban dan membantu individu yang menghadapi kekangan kewangan dalam mendapatkan khidmat guaman selaras inisiatif yang telah dilaksanakan di peringkat persekutuan.

“Khidmat bantuan guaman ini akan memastikan bahawa golongan yang kurang berkemampuan tetap mendapat hak dan perlindungan undang-undang yang sewajarnya,” jelasnya.

Dalam majlis ini, beliau turut melancarkan Jurnal Mahkamah Syariah Sarawak edisi khas sempena pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2025.

Terdahulu, seramai 520 Pengamal Undang-undang Syariah telah menyertai perarakan bermula di Bangunan Mahkamah Syariah ke Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah melalui Jalan P. Ramlee.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan