Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak, Datuk Willie Mongin merakam kenangan bersama hadirin di majlis penutupan Program Jom@Coop dan Bicara Ilmu di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri, hari ini. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

STATOB, strategi Sarawak perkenal produk tempatan ke pasaran antarabangsa

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 21 Jan: Kerajaan Sarawak melalui inisiatif seperti Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei Darussalam (STATOB) terus komited memperkenalkan produk tempatan ke pasaran antarabangsa.

Ahli Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak, Datuk Willie Mongin, berkata platform ini menawarkan sokongan dalam pemasaran digital, strategi eksport, pembangunan rangkaian antarabangsa, serta memperkenalkan produk tempatan.

Menurutnya platform sedemikian menawarkan sokongan dalam pemasaran digital, strategi eksport, pembangunan rangkaian antarabangsa, serta memperkenalkan produk tempatan.

“STATOB membantu usahawan tempatan memahami kehendak pasaran global dan memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan di luar negara,” katanya.

Ahli Parlimen Puncak Borneo itu berkata demikian pada majlis penutupan Program Jom@Coop dan Bicara Ilmu di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri, hari ini.

Willie turut menegaskan kepentingan menyesuaikan produk tempatan dengan cita rasa, budaya, dan kehendak pengguna di negara sasaran.

“Produk tempatan bukan sahaja perlu memenuhi standard tempatan tetapi juga menepati standard global seperti Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan sijil halal yang penting untuk pasaran tertentu,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa usahawan yang bercita-cita untuk menembusi pasaran global perlu memberi perhatian kepada pembinaan rangkaian kukuh di peringkat antarabangsa.

Agensi-agensi seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Pejabat Perdagangan dan Pelaburan Sarawak di Singapura (STATOS) juga memainkan peranan penting dalam menyokong usaha ini.

“Usahawan boleh memanfaatkan hubungan dan sokongan yang disediakan oleh agensi-agensi ini untuk merangka strategi pemasaran yang berkesan serta membuka akses kepada pasaran baharu. Jaringan ini bukan sahaja membantu mengenal pasti peluang perniagaan tetapi juga memberikan pemahaman mendalam tentang iklim pasaran luar negara,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan