Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 9,000 pesakit yang mengalami kegagalan jantung di Singapura bakal mendapat manfaat daripada Heartlanders, program baharu dengan pembiayaan S$6.5 juta (kira-kira US$4.81 juta) yang mengintegrasikan penjagaan paliatif awal. Foto hiasan Envato

Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung

ByBernama

SINGAPURA, 21 Jan: Lebih 9,000 pesakit yang mengalami kegagalan jantung di Singapura bakal mendapat manfaat daripada Heartlanders, program baharu dengan pembiayaan S$6.5 juta (kira-kira US$4.81 juta) yang mengintegrasikan penjagaan paliatif awal, lapor Xinhua.

Dilancarkan  pada Isnin oleh pertubuhan dermawan Yayasan Lien dan Pusat Jantung Nasional Singapura, inisiatif itu menawarkan sokongan lebih awal dalam perjalanan rawatan, berbanding pada peringkat akhir kehidupan.

Sejak prapelancaran pada April 2024, seramai 38 pesakit telah mendaftar.

Kegagalan jantung menjejaskan empat hingga lima peratus rakyat Singapura, jauh lebih tinggi daripada purata global, menurut laporan media tempatan.

Menerusi Heartlanders, pesakit menerima pelan penjagaan peribadi dan bimbingan untuk menguruskan gejala, sekali gus meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kadar kemasukan ke hospital.

Program itu turut menangani salah tanggapan mengenai penjagaan paliatif yang sering dikaitkan dengan rawatan akhir hayat. Tinjauan pada 2024 mendapati 62 peratus responden di Singapura percaya ia hanya terhad kepada enam bulan terakhir kehidupan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan