Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 32 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di sebuah hotel di pusat peranginan ski Kartalkaya, Turkiye, lapor Agensi Anadolu memetik pihak berkuasa tempatan pada Selasa.  Foto hiasan Envato

Sekurang-kurangnya 10 maut dalam kebakaran hotel di utara Turkiye

ByBernama

BOLU (Turkiye), 21 Jan: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 32 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di sebuah hotel di pusat peranginan ski Kartalkaya, Turkiye, lapor Agensi Anadolu memetik pihak berkuasa tempatan pada Selasa.

Kebakaran bermula sekitar 0027 GMT di kawasan restoran hotel itu sebelum merebak dengan pantas ke seluruh bangunan, menurut Gabenor Bolu, Abdulaziz Aydin.

Pasukan kecemasan dari bandar-bandar berdekatan termasuk bomba, unit tindak balas bencana dan pasukan perubatan yang disokong oleh helicopter digegaskan ke lokasi kejadian.

Pihak berkuasa memindahkan kira-kira 230 tetamu dari hotel itu ketika usaha memadam kebakaran masih diteruskan.

Siasatan mengenai punca kebakaran sedang dijalankan.

Kartalkaya, yang terletak di wilayah Bolu merupakan antara destinasi pelancongan musim sejuk utama Turkiye, menarik ribuan pengunjung sepanjang musim lunucu salji.

Pusat peranginan itu terletak kira-kira 295 kilometer (183 batu) dari Istanbul.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan