Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berucap pada Kempen Keselamatan Kebakaran Sarawak di Wisma Wan, Kuching, hari ini. Foto Suara Sarawak

Pindaan Ordinan Bangunan Sarawak dibentangkan tahun ini

KUCHING, 21 Jan: Pindaan Ordinan Bangunan Sarawak 1994 dijangka dibentangkan pada sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata kerajaan Sarawak sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang bangunan di seluruh negeri bagi memenuhi keperluan semasa.

Menurut beliau, walaupun pindaan ordinan tersebut pada asalnya dirancang untuk dibentangkan pada sesi DUN yang lalu, ia terpaksa ditangguhkan kerana keutamaan diberikan kepada rang undang-undang lain yang lebih mendesak.

“Tempoh kelonggaran yang mencukupi akan diberikan kepada orang awam sepanjang proses pindaan undang-undang ini. Kami menjangkakan pindaan ini akan dibentangkan sama ada pada Mei atau November dan yakin ia dapat diselesaikan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Sarawak di Wisma Wan di sini, hari ini.

Dr Sim turut menekankan bahawa Indeks Bangunan Hijau (GBI) akan dijadikan garis panduan utama dalam pindaan tersebut, termasuk penyediaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV).

“GBI akan menjadi panduan utama, termasuk pemasangan fasiliti pengecasan EV. Pada masa ini, banyak kondominium mahu menyediakan kemudahan ini, tetapi persoalannya ialah siapa yang akan menanggung kosnya.

“Selain itu, semua aspek ini mesti mematuhi saranan keselamatan kebakaran yang diberikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan