Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mercun dan bunga api yang disimpan di dalam premis di Kuching. Foto PGA

PGA rampas bunga api dan mercun bernilai RM2.7 juta di Kuching dan Miri

KUCHING, 21 Jan: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas bunga api dan mercun bernilai RM2.7 juta menerusi serbuan ke atas dua premis di Kuching dan Miri semalam.

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dr Che Ghazali Che Awang, berkata di Kuching, pada kira-kira 12 tengah hari, sepasukan polis dari Cawangan Risik Batalion 11 PGA, Kuching, menjalankan serbuan dan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki menyimpan mercun dan bunga api.

“Pasukan serbuan menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 64 tahun, dan hasil pemeriksaan lanjut menemukan 597 kotak mercun dan bunga api yang disimpan di dalam premis tersebut.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM2,149,200.00 (mengikut harga pasaran),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Padawan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Di Miri, pada 2 petang semalam, sepasukan polis dari Cawangan Risik Batalion 12 PGA, Miri, menjalankan serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah premis yang disyaki dijadikan tempat penyimpanan mercun dan bunga api.

“Dalam serbuan yang dijalankan, pasukan serbuan berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 19 tahun,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut menemukan 153 kotak mercun dan bunga api yang disimpan di dalam premis tersebut.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM550,800.00 (mengikut harga pasaran),” katanya.

Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Miri untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 11 Akta Bahan Letupan 1957.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan