Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan Am menyerbu sebuah lokasi di Sibujaya yang disyaki dijadikan tempat penyelewengan minyak diesel bersubsidi. Foto PGA

PGA rampas barangan bernilai RM52.3 juta dalam 16 kes sepanjang Januari 2025

KUCHING, 21 Jan: Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) mencatatkan kejayaan bernilai RM52.3 juta menerusi 16 kes dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga hari ini.

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dr Che Ghazali Che Awang, berkata menerusi kes-kes ini, seramai 36 orang telah ditangkap, selain rampasan 14 kenderaan pelbagai jenis.

Pada Isnin, PGA melakukan empat serbuan, masing-masing di Kuching, Miri, Sibu dan Tebedu.

PGA rampas bunga api dan mercun bernilai RM2.7 juta di Kuching dan Miri

Pada jam lebih kurang 1.30 petang, sepasukan polis dari Cawangan Risik Batalion 10 PGA, Sibu, menjalankan serbuan ke atas sebuah lokasi di sekitar Sibujaya yang disyaki dijadikan tempat penyelewengan minyak diesel bersubsidi.

“Dalam serbuan tersebut, dua lelaki tempatan berumur 26 dan 27 tahun telah ditahan. Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 2,110 liter minyak diesel yang disimpan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah RM647,428 mengikut harga pasaran.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan tersebut diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Sibu untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam pada itu, pada 5.00 petang, sepasukan polis dari Op Taring Batas Batalion 23 PGA, Sri Aman, menemui beberapa longgokan bungkusan plastik hitam di kawasan Kampung Temong Mura, Tebedu, Serian, semasa rondaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 300 karton rokok putih disimpan di dalam bungkusan tersebut. Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah RM171,600 mengikut harga pasaran,” katanya.

Tangkapan dan rampasan tersebut diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kesalahan itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan