Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mengakhiri lawatan kerjanya ke Belgium di sini semalam. Foto Bernama

Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau

ByBernama

BRUSSELS, 21 Jan: Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui pembiayaan iklim yang lebih tinggi, pelaburan hijau, bantuan teknikal, dan inisiatif pembinaan kapasiti.

Beliau berkata seperti EU, Malaysia juga mengakui krisis iklim adalah cabaran yang menentukan era ini.

Anwar berkata ketika bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025, Putrajaya telah menjadikan kemampanan sebagai teras utama peranan Malaysia pada 2025 di samping komited untuk menggerakkan rantau itu melakukan tindakan kolektif yang berani bertujuan melindungi masa depan tanpa menjejaskan hak pembangunan dan kemakmuran ekonomi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucap tama bertajuk “Bridging Regions: Strengthening South-east Asia-European Resilience” di College of Europe (COE) di Bruges, Belgium.

Anwar tiba di Brussels, ibu kota Belgium pada Ahad untuk lawatan kerja selama dua hari ke negara ini, serta bertemu dengan kalangan pemimpin EU.

Perdana Menteri berkata menyedari wujudnya jurang antara negara maju dengan negara yang sedang membangun, perkongsian bersifat saksama adalah penting untuk memajukan matlamat Perjanjian Paris serta memastikan negara yang kurang maju menerima sokongan yang diperlukan untuk langkah penyesuaian dan mitigasi iklim.

Perkongsian adalah kunci untuk meneruskan harapan Perjanjian Paris, dan Malaysia menghargai sokongan berterusan EU terhadap aspirasi iklim Asia Tenggara, kata beliau.

“Peralihan daripada penggunaan bahan bakar fosil, membangunkan grid kuasa serantau, melaksanakan cukai karbon, membina daya tahan rakyat terhadap cuaca melampau dan memelihara biodiversiti yang kaya serta penyerapan karbon semula jadi.

“Semua ini hanyalah sebahagian daripada aspirasi Asia Tenggara ketika kami berusaha untuk mencapai masa depan yang lebih bersih di samping memastikan manfaat pembangunan tersedia untuk semua dan melindungi segmen masyarakat yang paling rentan,” kata Anwar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan