Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita dan lelaki dalam lingkungan umur 25 hingga 29 tahun ditahan di kedai mainan di sebuah pusat beli-belah di sini kerana memiliki senjata api tiruan semalam. Foto hiasan Envato

Lelaki, wanita ditahan miliki senjata api tiruan

SIBU, 21 Jan: Seorang wanita dan lelaki dalam lingkungan umur 25 hingga 29 tahun ditahan di kedai mainan di sebuah pusat beli-belah di sini kerana memiliki senjata api tiruan semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata sebanyak 25 pucuk pistol tiruan dan 35 laras raifal tiruan dirampas dalam Op Laras oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu kira-kira pukul 2.30 petang.

“Op Laras telah dijalankan serentak di seluruh Sarawak kerana terdapat aduan serta maklumat wujudnya aktiviti menjual senjata api tiruan kepada orang awam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Zulkipli berkata perbuatan memiliki, membeli atau menjual apa-apa bentuk senjata api tiruan merupakan satu kesalahan jenayah walau atas apa alasan sekalipun.
Sabit kesalahan katanya, boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis juga menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penjualan senjata api tiruan untuk menghubungi terus mana-mana balai polis yang berdekatan untuk diambil tindakan selanjutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan