Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus komited dalam menurunkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan yang mengakibatkan maut, sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang 2030. Foto hiasan Envato

JPJ Sarawak komited turunkan kadar kemalangan jalan raya

ByAsmah Adenan

KUCHING, 21 Jan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus komited dalam menurunkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan yang mengakibatkan maut, sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang 2030.

Bahagian Penguatkuasa JPJ Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, melalui Ops Tahun Baru Cina (TBC) yang dilancarkan serentak semalam (20 Januari 2025) hingga 9 Februari ini di seluruh negara merupakan usaha Penguatkuasaan Strategik.

“Objektif utama penguatkuasaan melalui Ops TBC ini adalah untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang gagal mematuhi dan melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta Kaedah-Kaedah di bawahnya, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam Ops TBC ini termasuk penyamaran di dalam bas, pemantauan di lokasi tumpuan, pelaksanaan ‘Perception of Being Caught’ (POBC) secara rondaan, pemantauan lokasi ‘hotspot’ (lokasi kerap berlaku nahas jalan raya) seluruh bahagian negeri Sarawak dengan memanfaatkan sepenuhnya aset dan pasukan penguatkuasa melibatkan pengoperasian Unit Penguatkuasa Bermotosikal (UPB) dan Pengoperasian Stesen Penguatkuasa (SPK),” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, menerusi Ops TBC ini jelas menunjukkan bahawa pihak JPJ cakna dan memandang serius aspek keselamatan pengguna jalan raya dengan meningkatkan mekanisme penguatkuasaan secara berterusan.

“JPJ tidak akan berkompromi dan komited dengan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas akan dikenakan kepada pesalah jalan raya sepanjang tempoh penguatkuasaan OPS dilaksanakan.

“Diharapkan tindakan penguatkuasaan secara berfokus dan konsisten ini berupaya menghasilkan budaya pematuhan kepada undang-undang jalan raya yang tinggi sekali gus menyemai sikap toleransi antara pengguna jalan raya,” katanya. -TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan