Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua warga emas maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Trusan, Kampung Berayong Baru di Lawas hari ini. Foto PGO JBPM

Dua maut kereta bertembung dengan lori di Lawas

LAWAS, 21 Jan: Dua warga emas maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Trusan, Kampung Berayong Baru di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta Peranchis Nane, 67, dan seorang penumpang wanita Raminah Tadam, 69.

Pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dengan kekuatan lapan anggota dan sebuah jentera digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 1.11 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati sebuah lori bermuatan batu dalam perjalanan ke bandar Trusan bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga FLX yang bergerak dari arah Kampung Long Tengoa.

“Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kereta. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jurucakap itu berkata mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu lori berumur 35 tahun hanya mengalami cedera ringan dan dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan