Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua anggota pasukan keselamatan di Johor direman enam hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM25,733.59 dua tahun lepas.

Dua anggota pasukan keselamatan direman kes tuntutan palsu

ByBernama

MELAKA, 21 Jan: Dua anggota pasukan keselamatan di Johor direman enam hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM25,733.59 dua tahun lepas.

Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini.

Sementara itu SPRM Melaka dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua suspek berusia 42 dan 31 tahun berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada 5.20 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

“Mereka disyaki mengemukakan butir matan palsu berkaitan tuntutan elaun latihan kem tahunan siri 3/2023 berjumlah RM25,733.59 sedangkan terdapat anggota yang tidak menghadiri latihan yang dijalankan kira-kira dua tahun lepas,” menurut kenyataan itu.

SPRM Melaka memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dengan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali nilai butir matan palsu atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan