Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
‘Ring Ladies’, tiga wanita Bidayuh yang merupakan legasi terakhir pemakai gelang tembaga di lengan dan betis, ditemui di Rumah Panjang Annah Rais, Padawan, hari ini. Foto TVS

Delegasi ATF 2025 lawat Sarawak, destinasi model untuk pelancongan lestari

ByRegina Lee

KUCHING, 21 Jan: Seramai 38 delegasi Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 dari 11 negara, termasuk Thailand, Kemboja, Laos, Filipina, United Kingdom, Kanada dan Turkiye mengunjungi Rumah Panjang Annah Rais, Padawan, hari ini.

Pasca lawatan ATF 2025 ke Kuching yang bermula pada 19 Januari lalu merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan budaya dan sejarah yang unik.

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Sarawak, Kevin Jantan Robert Bidi, berkata delegasi berkenaan diperkenalkan kepada pelbagai aktiviti yang memaparkan budaya tempatan, seperti demonstrasi kraftangan termasuk anyaman manik dan bakul, makanan tradisional, serta pembuatan tuak.

“Kita telah mengatur program ini secara khusus untuk delegasi yang datang dan telah memilih Sarawak sebagai destinasi pilihan dengan mengetengahkan gastronomi, sejarah dan kebudayaan di sini.

“Lawatan ini bukan sekadar pelancongan tetapi bertujuan memberikan inspirasi kepada delegasi dalam membangunkan pakej pelancongan unik yang boleh ditawarkan di negara masing-masing,” katanya ketika ditemui TVS di Rumah Panjang Annah Rais.

Kevin Jantan Robert Bidi. Foto TVS

Delegasi tersebut, katanya, juga diperkenalkan kepada keindahan Sarawak Delta Geopark, termasuk lokasi seperti Gua Angin, Paku Rock Maze, dan Brooke Gallery sebelum ini, dengan Rumah Panjang Annah Rais menjadi lokasi terakhir yang dilawati.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Annah Rais, Joda Mamung, memaklumkan bahawa kampungnya bakal menerima suntikan baharu dalam usaha memperkukuhkan sektor pelancongan budaya melalui pembinaan sebuah panggung udara.

Ujar beliau, projek itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan Sarawak melalui Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) dan dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi pelancongan budaya di kawasan tersebut.

Joda Mamung. Foto TVS

“Dengan kapasiti yang mencukupi untuk menampung pelbagai acara kebudayaan, amfiteater ini dijangka menjadi hab untuk memperkenalkan warisan Bidayuh kepada pelancong domestik dan antarabangsa,” katanya lagi.

Terdahulu, ATF 2025 yang berlangsung dari 15 Januari hingga 20 Januari lalu bertempat di Persada Johor International Convention Centre bertujuan mempromosikan produk pelancongan serantau, memudahkan pertukaran pengetahuan, serta mewujudkan jaringan. – TVS


TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan