Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bekalan darah O kurang, orang ramai dirayu derma

ByWilly Jali

KUCHING, 21 Jan:Kerajaan Sarawak menyeru kepada orang ramai untuk tampil menderma darah bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya darah jenis ‘O’ bagi menampung keperluan pesakit di hospital.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Dr. Amar Sim Kui Hian mengakui bahawa kekurangan darah dari semasa ke semasa tetap berlaku, terutamanya darah jenis ‘O’ yang paling banyak diperlukan.

“Saya ingin menggesa penderma darah tetap, terutama bagi darah jenis ‘O’, untuk datang lebih awal ke pusat tabung darah kerana darah jenis ‘O’ adalah yang paling banyak diperlukan.

“Kadang-kadang kekurangan darah berlaku kerana darah hanya boleh digunakan dalam tempoh enam hingga 10 hari.

“Oleh itu, darah adalah sumber yang sangat berharga. Pada waktu-waktu tertentu, hospital memerlukan lebih banyak darah, terutamanya untuk transfusi darah dalam kes pembedahan, kemalangan kereta dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutupan Latihan Kesiapsiagaan Komuniti dan Pengurangan Risiko di Hab Inovasi Ang Cheng Ho Batu Kawa, Kuching pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menyifatkan negeri ini sangat bertuah kerana setiap hujung minggu ada kempen derma darah yang dianjurkan oleh pelbagai persatuan

“Sarawak adalah satu-satunya negeri di negara ini yang menjadi juara dalam hal ini. Walaupun kita mempunyai pangkalan data penderma yang besar, namun kita masih kekurangan darah dari semasa ke semasa.

“Saya tahu kerana ada individu yang telah menderma darah tetapi ada waktunya mereka tidak dibenarkan menderma lagi dan saya pastikan tabung darah akan menghubungi penderma secara berkala.

“Saya berharap agar penderma darah untuk tetap datang menderma darah, tidak hanya menunggu hujung minggu tetapi juga boleh datang lebih awal ke (tabung darah) untuk menderma, terutamanya untuk jenis darah ‘O’,” katanya.

Baru-baru ini, Hospital Umum Sarawak (HUS) ada memaklumkan dalam Facebook rasminya berkenaan isu kekurangan darah ‘O’ yang mana terdapat dua kes ‘Upper Gastrointestinal Bleed’ yang sangat teruk.

Ia berikutan terdapat pesakit kehilangan darah hampir dua liter isipadu dari badan sehingga memerlukan 60 beg daripada Makmal Pembekalan Darah bagi merawat kedua-dua pesakit tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan