Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peningkatan paras air sungai, mengakibatkan laluan utama ke tiga buah rumah panjang di Nanga Sangkung Julau terputus hubungan.

Banjir, tiga rumah panjang di Julau terputus hubungan

BySuara Sarawak

BINTANGOR, 21 Jan: Peningkatan paras air sungai, mengakibatkan laluan utama ke tiga buah rumah panjang di Nanga Sangkung Julau terputus hubungan.

Kejadian kira-kira jam 8.00 pagi itu melibatkan Rumah Kampit, Layoh dan Liba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 9.16 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi kita mendapati paras air mencecah ketinggian kira kira 0.3 meter.

“Ia menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian juga tidak melibatkan kediaman yang terjejas dengan banjir.

Ketika pemantauan katanya, keadaan cuaca cerah manakala, paras air turut menunjukkan penurunan.

“Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan penduduk supaya sentiasa mengikuti ramalan cuaca dan maklumat dari pihak berkuasa tempatan mengenai paras air sungai dan amaran banjir.

“Dengan persiapan yang baik dan kesedaran keselamatan, risiko yang dihadapi semasa banjir boleh dikurangkan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan