Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abu Dhabi menduduki tempat pertama dalam senarai bandar raya paling selamat di dunia bagi 2025, berada di ranking itu bagi tahun kesembilan berturut-turut sejak 2017. Foto hiasan Envato

Abu Dhabi dinobatkan bandar paling selamat di dunia untuk tahun ke-9 berturut-turut

ByBernama

ABU DHABI, 21 Jan: Abu Dhabi menduduki tempat pertama dalam senarai bandar raya paling selamat di dunia bagi 2025, berada di ranking itu bagi tahun kesembilan berturut-turut sejak 2017, menurut pangkalan data dalam talian Numbeo, mencerminkan usaha Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam merangka pelan, strategi dan inisiatif keselamatan yang unggul.

Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), Abu Dhabi menduduki tempat pertama daripada 382 bandar raya di dunia dalam penarafan 2025 mengekalkan gelaran bandar raya paling selamat di dunia oleh Numbeo selama hampir sedekad. Ini mencerminkan usaha UAE untuk meningkatkan kualiti hidup warganegara, penduduk dan pelawat.

Selain polis yang memastikan keadaan selamat dan terjamin, selain usaha memperkukuh kepercayaan dalam kalangan masyarakat menyumbang kepada pengiktirafan Abu Dhabi dalam senarai Numbeo. Ini sekali gus mengukuhkan kedudukan bandar raya itu sebagai tempat pilihan untuk belajar, bekerja dan tinggal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan