Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Datuk Dr Hazland Abang Hipni bergambar bersama Majlis Industri Tenaga (EIC) dan disokong oleh Kementerian Tenaga dan Kelestarian Sarawak (MEESty) dan Business Events Sarawak (BESarawak). Foto Place Borneo

Abang Johari rasmi EIC CONNECT Energy Borneo 2025 bulan depan

ByAsmah Adenan

KUCHING, 21 Jan: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal menyempurnakan Persidangan EIC CONNECT Energy Borneo 2025 yang dijangka berlangsung dari 25 dan 26 Februari depan di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) Kuching.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, Abang Johari juga bakal menyampaikan ucaptama dalam program Sesi Plenari bertajuk Sifar Bersih sebagai Pemangkin Kemakmuran Ekonomi, Ketahanan Minyak dan Gas: Memastikan Keselamatan Tenaga Di Tengah Peralihan, Kepintaran Buatan dan Tenaga dan Teknologi Berasakan Angkasa untuk Peralihan Tenaga.

“Acara itu juga akan menyerlahkan usaha negeri dalam pembinaan kapasiti dengan program dan kurikulum baharu yang direka bentuk untuk melengkapkan tenaga kerja Sarawak dengan kemahiran yang disesuaikan dengan permintaan masa depan sektor tenaga,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dr Hazland optimis persidangan itu membuktikan Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam tenaga bersih dengan kemajuan ketara dalam projek tenaga boleh diperbaharui termasuk pengeluaran hidrogen, solar dan inisiatif tenaga hidro.

Sementara itu, Pengarah Serantau Asia Pasifik, Majlis Industri Tenaga, Mohd Azman Nasir berkata, acara ini akan menangani Kekurangan Bakat dalam Tenaga Baharu dan menggalakkan penyertaan Wanita dalam Tenaga dan Profesional Muda, menekankan kepentingan kepelbagaian dan generasi peneraju seterusnya dalam memacu peralihan tenaga.

Lebih 800 delegasi dengan menampilkan 25 peserta pameran, mempamerkan teknologi, perkhidmatan, perkhidmatan dan penyelesaian termaju yang membentuk landskap tenaga global bakal berkampung di Bandaraya ini sempena persidangan dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari https://www.the- iec.com/Events/EICConnect/EICConnectEnergyBoreno2025 atau emel ke ashmeen.muzafar@the-eic.com atau selbenaide@placeborneo.com atau emierson@placeborneo.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan