Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Izz Zayanie Zayyana Mahdini, berusia enam tahun di Kampung Kuala Matu Hilir, menunjukkan mang yang diperoleh daripada nelayan Pulau Bruit.

Udang tanah, tuah musim tengkujuh

BySuara Sarawak

MATU, 20 Jan: Musim tengkujuh yang sering dikaitkan dengan penurunan pendapatan nelayan kerana cuaca buruk, ternyata membawa tuah kepada nelayan pinggir pantai daerah ini apabila mereka memperoleh rezeki tambahan daripada tangkapan udang tanah atau lebih dikenali mang dalam kalangan penduduk tempatan.

Fenomena berlaku apabila hujan lebat meningkatkan aliran air sungai, menyebabkan udang yang hidup dalam tanah itu keluar dari sarangnya sebelum mudah ditangkap.

Nelayan di beberapa kawasan seperti Pulau Bruit, Matu dan Daro yang biasanya bergantung kepada ikan laut, mengambil peluang itu mengutip mang untuk dijadikan sebagai rezeki tambahan.

Menurut seorang nelayan tempatan, Sulaiman Jeli, 50, musim tengkujuh membawa lebih banyak tangkapan daripada biasa.

“Kami biasanya sukar ke laut ketika angin kuat, tetapi udang mang ini memberi kami rezeki tambahan yang tidak dijangka.

“Harga juga lebih tinggi di pasaran, jadi kami dapat menampung pendapatan walaupun tidak ke laut,” katanya dalam kepada wartawan Suara Sarawak.

Dalam tempoh beberapa hari terutama ketika hujan lebat berterusan, hasil tangkapan udang mang meningkat berbanding musim sebelumnya.

Mang biasanya dijual pada harga RM10 sekilogram bergantung kepada musim. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan