Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS. Foto hiasan Envato

Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

ByBernama

WASHINGTON, 20 Jan: Presiden Terpilih Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan pada Ahad, beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi, sambil menyatakan hasratnya agar Amerika Syarikat (AS) memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama berkenaan.

TikTok, yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance, berhenti beroperasi untuk 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada Ahad selepas undang-undang yang mengharamkan aplikasi itu berkuat kuasa.

Pengharaman itu berpunca daripada kebimbangan mengenai kemungkinan data rakyat Amerika disalahgunakan oleh pegawai China.

“Saya mahu Amerika Syarikat memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama ini,” kata Trump menerusi media sosial. -TVS

Tags: AS, tiktok, Trump

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan