Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump. Foto AFP

Trump janji nyahklasifikasi dokumen berkaitan pembunuhan John F. Kennedy, Martin Luther King Jr

ByBernama

ISTANBUL, 20 Jan: Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump berjanji pada Ahad bahawa beliau akan menyahklasifikasikan dokumen berkaitan pembunuhan bekas Presiden John F. Kennedy dan aktivis hak sivil Dr Martin Luther King Jr, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Sebagai langkah pertama ke arah memulihkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, kami juga akan membalikkan proses klasifikasi dokumen kerajaan yang berlebihan,” kata Trump kepada penyokongnya di Capital One Arena di Washington, D.C.

“Dan dalam beberapa hari akan datang, kami akan mendedahkan baki rekod yang berkaitan dengan pembunuhan Presiden John F. Kennedy, abangnya Robert Kennedy serta Dr Martin Luther King Jr,” tambahnya.

Trump sebelum ini turut menyeru agar maklumat berkaitan pembunuhan JFK pada 1963 didedahkan sepenuhnya.

Dalam ucapan pada Ahad, beliau mengulangi komitmen itu dengan menyatakan bahawa beliau akan menunaikan janji tersebut sebaik sahaja memegang jawatan.

Robert Kennedy dan Martin Luther King Jr pula masing-masing dibunuh pada 1968.

Trump akan secara rasmi mengangkat sumpah jawatan pada Isnin sebelum tengah hari dan dijangka menandatangani beberapa perintah eksekutif yang telah disiapkan tidak lama selepas itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan