Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump. Foto AFP

Trump janji batalkan beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah

ByBernama

WASHINGTON, 20 Jan: Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad mengumumkan bahawa beliau akan membatalkan beberapa perintah eksekutif pentadbiran Biden selepas beberapa jam mengangkat sumpah sebagai presiden pada Isnin, lapor Xinhua.

“Setiap perintah eksekutif radikal dan tidak wajar daripada pentadbiran Biden akan dibatalkan dalam beberapa jam selepas saya mengangkat sumpah jawatan,” kata Trump kepada penyokongnya di satu perhimpunan kemenangan di Capital One Arena di Washington.

Trump berkata perintah eksekutif yang akan beliau tandatangani akan merangkumi bidang seperti keselamatan sempadan, tenaga, perbelanjaan kerajaan persekutuan, platform perkongsian video pendek TikTok, dan program DEI (Kepelbagaian, Keadilan dan Inklusi).

“Esok pada tengah hari, kita akan menutup babak empat tahun kemerosotan panjang Amerika dan membuka lembaran baharu yang penuh kekuatan, kemakmuran, maruah dan kebanggaan Amerika,” kata bakal presiden itu.

Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.

Trump akan mengangkat sumpah jawatan pada tengah hari Isnin. Disebabkan cuaca sejuk yang diramalkan di Washington, upacara itu akan diadakan di dalam bangunan – kali pertama dalam tempoh empat dekad di Amerika Syarikat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan