Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Trak bantuan siap sedia masuk ke Gaza ketika gencatan senjata berkuat kuasa. Foto AFP

Trak bantuan siap sedia masuk ke Gaza ketika gencatan senjata berkuat kuasa

ByBernama

BANDARAYA GAZA (Palestin), 20 Jan: Puluhan trak sarat dengan bantuan kemanusiaan dijangka memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad susulan penguatkuasaan perjanjian gencatan senjata, kata seorang pegawai Palestin.

“Puluhan trak bantuan telah tiba dari sebelah Mesir ke lintasan Karam Abu Salem (Kerem Shalom),” kata pegawai itu kepada Agensi Anadolu (AA).

“Trak-trak ini bersedia untuk memasuki Gaza sebaik gencatan senjata bermula,” tambahnya tanpa memberikan butiran bila trak bantuan itu akan dibenarkan memasuki wilayah itu.

Saluran berita Mesir, Al-Qahera News yang bersekutu dengan kerajaan melaporkan bahawa 95 trak bantuan telah memasuki lintasan sempadan itu, manakala trak lain sedang menunggu di lintasan Rafah untuk dibenarkan masuk ke Gaza.

Sementara itu, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) berkata pihaknya mempunyai 4,000 trak bantuan yang bersedia memasuki Gaza.

Pesuruhjaya Agung UNRWA Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa serangan terhadap konvoi bantuan di Semenanjung Gaza “mungkin berkurangan apabila bantuan kemanusiaan mula tiba susulan gencatan senjata.”

Perjanjian gencatan senjata itu berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan (0915GMT) pada Ahad selepas beberapa jam tertangguh susulan dakwaan Israel terhadap Hamas yang dikatakan melambatkan penghantaran senarai tawanan yang akan dibebaskan.

Gencatan senjata itu pada awalnya dijadual bermula pada 8.30 pagi waktu tempatan (0630GMT).

Hampir 47,000 orang telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 110,700 yang lain cedera dalam konflik sejak 7 Okt 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan