Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TikTok kembali beroperasi pada petang Ahad selepas Donald Trump, yang kembali memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua berkata bahawa pengguna "berhak untuk menyaksikan pelantikannya yang mengujakan." Foto AFP

TikTok kembali beroperasi selepas Trump mahu pengguna saksikan pelantikannya

ByBernama

WASHINGTON, 20 Jan: TikTok kembali beroperasi pada petang Ahad selepas Donald Trump, yang kembali memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua berkata bahawa pengguna “berhak untuk menyaksikan pelantikannya yang mengujakan.”

Trump juga mengumumkan lanjutan tempoh untuk mengelakkan aplikasi itu terus dihentikan.

Apabila pengguna membuka aplikasi itu, mesej daripada TikTok memaparkan, “Selamat kembali! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda. Hasil usaha Presiden Trump, TikTok kini kembali di AS!” menurut laporan United Press International (UPI).

Dalam kenyataan di platform Truth Social pada pagi Ahad, Trump menyeru syarikat-syarikat agar tidak membiarkan TikTok dihentikan operasinya.

“Saya akan mengeluarkan perintah eksekutif pada Isnin untuk melanjutkan tempoh sebelum larangan undang-undang berkuat kuasa supaya kita boleh mencapai perjanjian bagi melindungi keselamatan negara kita,” kata Trump.

Majlis pelantikan Trump sebagai Presiden AS ke-47 dijadualkan berlangsung pada Isnin, 20 Jan.

Beliau akan mengangkat sumpah jawatan bersama JD Vance yang akan menjadi Naib Presiden AS. -TVS

Tags: AS, tiktok, Trump

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan