Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Azzah Syahirah semasa ditemui TVS. Foto TVS

Subsidi rumah mampu milik disambut baik rakyat Sarawak

ByHaleyson Roland

KUCHING, 20 Jan: Inisiatif Kerajaan dalam menyediakan subsidi rumah mampu milik diterima baik rakyat wilayah ini.

Kerajaan Sarawak memberikan RM10,000 kepada pembeli rumah sebagai pembayaran awal.

Ia bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam pembelian rumah.

Nur Azzah Syahirah, 29, semasa ditemui TVS berpendapat subsidi tersebut dapat membantu individu yang memerlukan rumah.

“Sebagai orang muda, subsidi ini sangat membantu kerana kita sedar akan harga rumah zaman sekarang yang semakin meningkat harganya. Dengan adanya inisiatif ini, ia akan memudahkan sesebuah keluarga untuk berdikari.

“Cuma kerisauan saya sebagai rakyat adalah pemilihan dan kriteria pemilikan rumah tersebut. Adakah ia senang untuk diluluskan untuk permohonan?,” soalnya.

Perancangan kerajaan bagi mewujudkan rumah mampu milik dalam kalangan rakyat Sarawak dapat meringankan beban terutamanya kepada golongan belia yang belum memiliki rumah.

Vanneysa Olyvier,19, berkata, usaha Kerajaan Sarawak itu memudahkan golongan B40 yang mahu memiliki rumah sendiri.

“Subsidi yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu golongan rakyat B40. Seperti yang kita tahu harga rumah sekarang yang semakin mahal. Jadi dengan adanya bantuan sebegini, ia dapat mengurangkan beban dalam pembelian rumah” ujarnya.

Kerajaan komited dalam membina kawasan perumahan rakyat menerusi dasar yang diwujudkan bagi mendepani masalah peningkatan harga rumah pada masa ini.

Salah seorang peniaga bakso, Zambri Bakri, 47, menyambut baik inisiatif kerajaan yang khususnya untuk generasi muda.

Pembelian rumah dari RM300,000 kepada RM120,000 memberi kesan positif untuk anak Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan