Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden SHEDA, Augustine C.H. Wong.

SHEDA terus komited bantu kerajaan sediakan Rumah Mampu Milik, mohon kelonggaran levi

ByAsmah Adenan

KUCHING, 20 Jan: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) komited untuk terus bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi menyediakan Perumahan Mampu Milik untuk rakyat.

Presidennya, Augustine C.H. Wong berkata, pihaknya menyambut baik visi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyediakan Rumah Mampu Milik untuk rakyat, namun menekankan beberapa cabaran yang mungkin dihadapi pemaju kini.

“SHEDA menyatakan kebimbangan terhadap pekeliling terkini yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Sarawak (SPA) yang mewajibkan pemaju membayar 50 peratus levi terlebih dahulu bagi perumahan SPEKTRA Lite, SPEKTRA Medium dan PUTERA sebelum menerima kelulusan Permit Pengiklanan dan Jualan.

“Pembayaran awal ini boleh memberikan tekanan besar kepada aliran tunai pemaju, berpotensi melambatkan projek dan mempengaruhi kemampuan perumahan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Justeru, untuk mengatasi cabaran ini, SHEDA mencadangkan agar kerajaan memberi pilihan kepada pemaju sama ada membina unit Perumahan Mampu Milik atau menyumbang levi sebagai gantian, pilihan ini dijangka mampu menstabilkan kewangan pemaju dan memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Pilihan ini membolehkan ahli SHEDA menentukan cara penyertaan yang mereka pilih, sama ada melalui penglibatan langsung dalam pembinaan atau sumbangan kewangan.

“Dengan adanya kelonggaran ini dan rangka kerja yang diperlukan, SHEDA yakin bahawa ahlinya dapat memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan penyediaan Perumahan Mampu Milik,” katanya.

Terdahulu dalam Sesi Townhall Bersama Premier Sarawak baru-baru ini, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu, kerajaan telah membuka kawasan perumahan yang baharu di beberapa kawasan termasuk Kuching, Tambirat, Kabong, Mukah dan Dalat.

Katanya, pembeli boleh memohon pinjaman kewangan perumahan melalui Mutiara Mortgage and Finance dengan bantuan sebanyak RM10,000 bagi pembayaran deposit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan