Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Foto Envato

Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5020/5095 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5040/5085 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal dalam dagangan jajaran kecil hari ini, berkemungkinan pada sekitar RM4.5000.

“Peniaga semakin bimbang mengenai apa yang mungkin diumumkan oleh Presiden AS,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata perhatian akan tertumpu kepada perintah eksekutif Trump yang dijangka termasuk langkah pengusiran besar-besaran pendatang asing tanpa izin, penyahkawalseliaan industri dan tarif import.

Langkah tarif yang dijangkakan boleh meningkatkan inflasi, berpotensi mendorong pendirian menaikkan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan, katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit turut mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6290/6367 daripada 4.6382/6429 pada Jumaat lepas, naik berbanding pound kepada 5.4816/4908 daripada 5.4953/5008 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8802/8852 daripada 2.8918/8949.

Mata wang tempatan turut meningkat berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 13.0504/0850 daripada 13.0664/0856, sedikit berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 274.8/275.4 daripada 274.9/275.3, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2926/2986 daripada 3.2948/2983 dan hampir mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.70 daripada 7.68/7.69 pada Jumaat lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan