Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba pada Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Belgium dan Luxembourg, bersempena lawatan kerja ke Belgium di sini semalam. Foto Bernama

Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi – Anwar

ByBernama

BRUSSELS, 20 Jan: Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu mempunyai hak yang sama untuk mengundi dalam pilihan raya, sama seperti mereka yang berada di tanah air, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata beliau telah pun membangkitkan mengenai isu undi pos untuk rakyat Malaysia di luar negara dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“SPR sebuah badan bebas…namun saya telah membangkitkan perkara ini kepada mereka. Mereka perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi,” kata beliau pada majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama kira-kira 200 diaspora Malaysia, di sini hari ini.

Anwar yang tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium berkata demikian ketika ditanya mengenai kesukaran yang dihadapi rakyat Malaysia di luar negara, setiap kali pilihan raya berlangsung di Malaysia.

“Malah, saya beritahu untuk jangan lakukannya menerusi kedutaan (untuk proses pengundian). Gunakan beberapa mekanisme supaya orang ramai boleh datang dan mengundi, walaupun ini bermakna ia akan menyebabkan pertambahan dana untuk ini,” kata beliau sambil menambah bahawa SPR telah menerima cadangannya itu.

Ketika ditanya mengenai adakah Kerajaan Malaysia memberikan keutamaan terhadap teknologi hijau dan penghutanan, Anwar berkata perkara itu merupakan antara agenda utama pentadbiran sekarang.

“Eropah telah memusnahkan semua hutan, jangan beritahu kami supaya belajar daripada mereka. Hutan kita kini berada pada 54 peratus sekarang, malah paru-paru hijau kita bertambah, tahun lepas kita tanam sejuta pokok sebagai sebahagian daripada kempen penghutanan kita,” kata beliau.

Beliau berkata Malaysia dan rakan kongsi ASEAN memberi tumpuan kepada grid ASEAN yang bukan sahaja menjana kuasa hidro tetapi juga daripada tenaga solar dan tenaga boleh diperbaharui yang lain.

“Kita ada 140,000 pelajar asing di universiti kita. Saya telah banyak melawat banyak negara membangun dan pemimpin mereka mahu menghantar pelajar dan pegawai mereka untuk belajar daripada kita, dalam bidang seperti semi konduktor,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata bagi mempertingkatkan taraf pendidikan di Malaysia kerajaan bekerjasama dengan industri dan ini bermakna disiplin dan teknologi baharu perlu diperoleh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan