Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan cubaan menyeludup 2,000 karton rokok putih di Tumpat. Foto hiasan Envato

PGA tumpaskan cubaan seludup rokok putih

ByBernama

KOTA BHARU, 20 Jan: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan cubaan menyeludup 2,000 karton rokok putih di Tumpat dekat sini semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rokok itu ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina dan Toyota Avanza di Jalan Tanjong Kuala serta Jalan Hulu Pasar oleh pasukan anggota Batalion 8 PGA.

“Pasukan itu yang sedang melakukan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan pada 11.30 malam hingga 1.15 pagi menemukan kereta terbabit yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci di tepi jalan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata anggaran nilai rampasan termasuk kenderaan terbabit ialah RM510,000 dan pihaknya juga tidak menolak kemungkinan rokok itu diseludup untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata barang rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan